Universal Music Malaysia telah melancarkan ‘We Live To Give’ (‘Kita Hidup Untuk Memberi’) oleh Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana juga menampilkan Simon Webbe dan Asyraf Nasir sebagai lagu pemberi harapan dalam mengharungi kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Kerjasama di antara The Giving Bank dan Universal Music Malaysia ini bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia agar sentiasa memberi harapan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia.

Penceritaan lagu ini membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

“We Live To Give” menampilkan artis tempatan seperti Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana juga menampilkan superstar global, Simon Webbe dan penyanyi yang meningkat naik Asyraf Nasir, Athalia, Shalma Eliana dan Asyraf Nasir percaya bahawa lagu ini sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa yang diterjemahkan kepada kecenderungan usaha mereka kepada golongan muda dan menyebarkan mesej penting ‘We Live To Give’.

“Memberi melangkau nilai wang dihulurkan, ia juga diberi melalui mesej positif yang mengingatkan kita bagaimana membantu orang lain menaikkan semangat mereka dan meringankan beban mereka”, kata Simon Webbe.

“Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaruhi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif,” ujar Diana Danielle.

Objektif projek ini adalah untuk mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat.

“Sudah lama menjadi impian The Giving Bank untuk memiliki lagu yang sesuai bagi menggambarkan misi dan visi kami dalam membina hari esok yang lebih baik. Saya sudah dapat membayangkan ianya dinyanyikan di seluruh dunia ‘, kata Dr Janson, Pengasas & Presiden The Giving Bank.

Untuk memperluas mesej ‘We Live to Give’, dengan sokongan dari Astro Radio, dua stesen radio Inggeris tempatan, HITZ FM dan MIX FM akan mengetengahkan ‘We Live To Give’ sebagai lagu rasmi kepada kempen amal seterusnya di kedua-dua stesen tersebut.

Malah, video muzik We Live To Give memaparkan elemen menyentuh hati yang memperlihatkan sisi peribadi setiap artis menerusi paparan detik-detik menjentik emosi berserta mesej kebersamaan dalam melalui waktu sukar bersama orang yang tersayang.

Konsep dalam video muzik ini diilhamkan daripada kehidupan peribadi artis yang terlibat dengan memaparkan bagaimana mereka memilih untuk terus melangkah maju ke depan walaupun dibayangi keadaan masa hadapan yang tidak menentu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram