Suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengimami solat. Bagaimanapun, sepanjang menunaikan kewajipan itu pergerakan Baginda nampak begitu sukar sekali hingga menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan para sahabat yang menjadi makmumnya.

Kekhusyukan mereka terganggu kerana setiap kali Rasulullah bergerak, akan kedengaranlah bunyi menggerutup seperti sendi-sendi baginda bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang risau melihat keadaan Baginda itu terus bertanya setelah mereka selesai solat.

“Wahai Rasulullah, kami perhatikan seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali. Tuan sakitkah, wahai Rasulullah?” tanya Umar.

“Tidak, Umar,” jawab baginda. “Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

Umar tidak berpuas hati. “Kalau sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan, kami dengar seolah-olah sendi bergeseran di tubuhmu. Kami yakin tuan sedang sakit.”

Rasulullah tetap mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat terkejut kerana perut baginda kelihatan kempis dan dililiti sehelai kain berisi batu kerikil buat menahan rasa lapar. Batu-batu itulah yang menghasilkan bunyi menggertap setiap kali Rasulullah menggerakkan tubuhnya.

Makam Rasulullah s.a.w.

“Ya Rasulullah, adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh belas kasihan.

“Tidak, Umar,” jawab baginda. “Aku tau kamu sanggup lakukan apa saja untuk rasulmu. Tapi apakah yang akan kujawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umat-Nya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”

——————————

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam