Saluran komedi popular, Astro Warna telah tampil memohon maaf berikutan penyebaran klip sensasi dari program temubual Rumah No. 107 yang tiba-tiba menjadi viral baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada portal Astro Gempak, pihak saluran tersebut memandang serius mengenai isu berkenaan dan tidak berkompromi dalam hal melibatkan gangguan seksual dan diskriminasi wanita.

“Baru-baru ini tular di platform media sosial mengenai klip video salah sebuah program terbitan Astro Warna iaitu Rumah No. 107.

“Kami di Astro Warna ingin menegaskan bahawa kami memandang serius akan perkara ini. Kami sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan seksual dan diskriminasi ke atas wanita, sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata (secara lisan).

“Kami memohon maaf di atas sebarang ketelanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak, dan sentiasa untuk lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program-program terbitan kami di masa hadapan,” ujar kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, pelakon Fauzi Nawawi telah berkongsi mengenai pengalamannya dalam babak rogol menerusi filem Anak Halal dengan memetik nama pelakon Raja Farah.

Susulan kenyataan kurang sensitif yang dikeluarkan Fauzi, Raja Fararlah serta suaminya telah bersuara dan menyifatkan perbuatan tersebut mengaibkan dan tidak menghormati wanita.

Namun begitu, Fauzi menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram telah memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran kata sehingga menguruskan hati banyak pihak.

——————————————————————–

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en