HANGAT diperkatakan kini video tular melibatkan selebriti terkenal, Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai pengalaman memegang watak perogol menerusi filem Anak Halal.

Menerusi temu ramah di program televisyen tersebut, Fauzi tanpa segan silu menceritakan semula adengan panas yang dilakonkan bersama pelakon Raja Farah sehingga membangkitkan kemarahan netizen kerana tidak sensitif akan isu rogol dan menjadikan ia sebagai bahan gurauan.

Justerus, Hanna Faresha yang merupakan anak perempuan kepada pelakon tersebut memohon maaf atas keterlanjuran bapanya dan turut tidak bersetuju akan tindakan yang telah dilakukan.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan,” katanya.

Menerusi perkongsian di InstaStory , Hanna turut berharap perkara itu menjadi pengajaran buat orang ramai dan memohon warganet berhenti melemparkan komen berbentuk cacian dan makian kepada ahli keluarganya.

“Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat semua terutama keluarga kami.

“Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. Oleh itu, biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan.

“Tolong hentikan komen dan mesej langsung (DM) yang tidak sepatutunya. Cacian dan makian kepada saya dan ahli keluarga yang lain,” tulis Hanna.

Malah, Hanna turut terheret dengan isu tersebut sehingga ada warganet sanggup mendoakan perkara buruk berlaku kepada dirinya.

Tidak melenting, malah Hanna memahami keadaan netizen yang marah dengan situasi yang berlaku dan dia tetap memaafkan perbuatan tersebut.

Tambah Hanna, dia berharap orang ramai kekal berdiam diri daripada menambah dosa.

“Saya faham awak sedang marah, tetapi sebagai seorang wanita, awak sepatutnya mendoakan kebaikan dan menyokong wanita lain. Bukan mendoakan keburukan seperti yang awak katakan”

“Takpelah, saya maafkan atas sebab awak dalam keadaan marah. Semoga Allah mudahkan semuanya,” tulisnya.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi,48, telah membuat permohonan maaf kepada Raja Farah dan suaminya secara terbuka menerusi sebuah video di Instagram.

Ujar Fauzi. dia tiada niat untuk memalukan pelakon tersebut dan dia turut mengakui kesilapan terhadap keterlanjuran kata ketika di program televisyen tersebut.

——————————————————————–

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en