DR NOOR HISHAM ABDULLLAH/ Gambar Fb Noor Hisham 1 Jun

SEBANYAK 6,630 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meneruskan trend peningkatan buat hari kedua berturut-turut.

Jumlah yang direkodkan hari ini juga merupakan yang tertinggi dalam tempoh enam hari sejak 17 Oktober lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 kini berjumlah 2.42 juta kes.

“Sehingga 22 Oktober 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,630 kes (2,420,222 kes).

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Selangor terus merekodkan kes baharu yang tinggi dengan 1,322 jangkitan dicatatkan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 6,210 kes baharu, 1,027 jangkitan di Selangor

Dos penggalak Comirnaty buat warga emas terima vaksin lengkap Sinovac

Memetik hantaran di Facebook, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan sebanyak 1,297 kes dalam komuniti manakala 24 penjara dan satu kes import.

Semalam, Selangor merekodkan 1,027 kes baharu COVID-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram