
BUKAN seorang atau dua, tetapi 20 pemain pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) dijangkiti COVID-19.
Malah, empat pegawai skuad Hobin Jang Hobin itu juga dijangkiti COVID-19, kata NSFC dalam kenyataannya sebentar tadi.
Menurut NSFC, situasi itu membuat mereka tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2021.
Kejohonan Piala Malaysia bakal bersambung minggu depan setelah berehat untuk perlawanan antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, pegawai dan pemain terlibat kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah dengan pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Ujian pengesanan COVID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat.
“Demi menjaga keselamatan semua pihak serta saranan doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon kemaafan kepada penyokong kerana hal ini menyebabkan pasukan tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia musim ini,” kata kenyataan itu.
NSFC yang juga juara Liga Premier 2021 berada dalam kumpulan yang sama dengan Kedah, Melaka United dan Kelantan United.
Ramai penyokong Negeri Sembilan ketika ini teruja untuk melihat aksi NSFC di pentas Piala Malaysia dengan pasukan itu mempunyai peluang cerah melangkah ke suku akhir.
NSFC juga memaklumkan hal itu turut menyebabkan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan dua hari lepas dibatalkan.
“Pihak NSFC berharap agar para penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan pemain dan pegawai pasukan,” kata kenyataan itu yang dikongsikan di Facebook NSFC.
Baca artikel berkaitan: 6,630 kes baharu, Selangor catat 1,322 jangkitan
Situasi semasa COVID-19 di Negeri Sembilan menyaksikan sedikit peningkatan kebelakangan ini.
Malah kadar kebolehjangkitan COVID-19 Negeri Sembilan berada pada 1.0 semalam, kedua tertinggi di seluruh negara selepas Kuala Lumpur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram