Sedapnya kari udang kapitan ni. Kombinasi rasa aneka rempah dalam hidangan ini memang membuka selera. Jom cuba resipi yang mudah ini.

BAHAN-BAHAN
500 gm udang
150 ml minyak masak
70 gm bawang besar – cincang
250 ml santan
10 gm garam
15 gm gula
40 ml jus limau kasturi
5 gm daun pudina


BAHAN KISAR
8 hm cili kering – rebus
100 gm cili merah
10 gm buah keras
5 gm bawang putih
10 gm kunyit
10 gm belacan
60 gm serai

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Pijarkan minyak dan gorengkan separuh masak udang. Angkat dan ketepikan.
  2. Selepas itu, tumiskan pula bawang besar sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga wangi
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan pula udang.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali, barulah masukkan jus limau kasturi dan daun pudina. Angkat dan hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram