GOLONGAN remaja juga akan disyaratkan vaksinasi lengkap untuk menikmati kemudahan seperti golongan dewasa. - GAMBAR: Abd Razak Aid

NEGERI Johor dan Terengganu beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 25 Okt (Isnin), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19

Image

berkata, peralihan tersebut mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi   www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini juga telah bersetuju kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa, turut diperluas kepada golongan remaja yang telah divaksin lengkap.

Beliau berkata, ia bermakna, syarat vaksinasi lengkap bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun akan dinyatakan dalam semua prosedur operasi standard (SOP).

“Bagaimanapun, ia tidak akan dilaksanakan serta merta. Pihak Kerajaan akan selaraskan kemudahan-kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja ‘grace period’ selama 3 minggu atau sehingga pertengahan bulan November.

“Tempoh ini adalah bagi memastikan kira-kira 80 peratus remaja yang telah menerima dos pertama ketika ini, selesai divaksin lengkap,” katanya.

BERITA BERKAITAN Malaysia antara negara pemberi vaksin remaja terpantas di dunia

Katanya, syarat vaksinasi lengkap bagi golongan remaja Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi golongan remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun telah bermula secara rasmi pada 20 September lepas.

“Setakat semalam, 21 Oktober 2021, 11:59 pm, kadar vaksinasi dos pertama bagi golongan remaja telah mencapai 80.2 peratus atau bersamaan 2,524,156 individu. Kadar ini merupakan antara yang terpantas di dunia,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri kerajaan menyeru rakyat memanfaatkan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

Tegasnya kejayaan membawa negara keluar daripada pandemik ini, tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata ia juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang telah ditetapkan.

“Justeru, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” katanya. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram