
MALAYSIA menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia antara 12 dan 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer.
“Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.
“Salah satu pemberian vaksin Covid-19 remaja terpantas di dunia,” katanya dalam Twitter, hari ini.
Dalam info grafik yang turut dikongsi yang sebanyak 80.2 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini telah menerima satu dos suntikan, manakala 43.4 peratus telah mendapat suntikan lengkap.
Info tersebut juga menunjukkan, jumlah remaja yang lengkap disuntik berjumlah 1.37 juta, manakala yang menerima satu dos suntikan sahaja berjumlah 1.15 juta dengan 623,000 remaja lagi belum disuntik.
BERITA BERKAITAN KKM fokus vaksin remaja 12-17 tahun bermula minggu depan – Khairy
Khairu turut menzahirkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.
Dr Noor Azmi adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A).
Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini dilaporkan menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan 3.2 juta remaja di negara ini menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19, menjelang hujung tahun ini atau selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.
Sementara itu, tinjauan di laman web COVIDNOW mendapati, setakat semalam, jumlah penerima remaja sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebanyak 80.9 peratus dan mereka yang lengkap divaksinasi adalah 43.4 peratus.
Labuan (65.7 peratus) mencatat peratusan tertinggi menerima vaksin itu diikuti Sarawak (61.2 peratus), Kedah (57.1 peratus), Melaka (55.8 peratus), Pahang (55.4 peratus) dan Perlis (53.1 peratus).
Terendah adalah Lembah Klang (28.8 peratus), Negeri Sembilan (36.6 peratus) dan Johor (37.7 peratus).
Negeri Kelantan, Sabah, Terengganu, Perak dan Pulau Pulau Pinang pula dilihat masih dalam kadar 40 peratus sahaja.
Menerusi data itu juga, unjuran 80 peratus remaja akan lengkap divaksinasi dijangka adalah 19 November depan dengan 2,518,000 akan divaksin manakala dalam tempoh seminggu sahaja, dijangka akan meningkat kepada 60 peratus lengkap divaksin sepenuhnya. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram