JUARA program realiti I Can See Your Voice Malaysia musim keempat, Afgan Saip kini tampil dengan single sulung berjudul Kembali Indah sebagai salam perkenalan kepada pengikut muzik tempatan.

Kembali Indah merupakan hasil ciptaan Lee Nai Kong manakala liriknya pula ditulis oleh Fedtri Yahya. Lagu ini berkisar tentang semangat perjuangan yang tidak pernah pudar walaupun perlu menempuhi pelbagai cabaran serta rintangan kerana di akhirnya pasti kejayaan akan datang.

Single tersebut merupakan sebahagian daripada hadiah kemenangan Afgan atau nama sebenarnya Mohd. Borhanuddin Afgani Bin Mohd Saip,23, di bawah terbitan Alternate Records & Talents.

“Saya panjatkan setinggi kesyukuran atas kemenangan bagi musim ini dan sangat berterima kasih dengan peluang yang diberikan. Alhamdulillah akhirnya pada 2021 saya dapat menyanyikan lagu sendiri dan semoga lagu pertama ini membuka ruang untuk saya dikenali dalam kalangan pendengar dan peminat muzik Malaysia.

“Saya berharap semua pihak dapat menerima saya dalam bidang nyanyian dan menyokong pendatang baru seperti saya kerana sokongan itulah yang diperlukan.

“Semoga pendengar di luar sana mendalami bait-bait lirik dan semoga sedikit sebanyak dapat memotivasikan dan menceriakan hari-hari anda semua,” katanya.

Kembali Indah sudah boleh didengari di semua pelantar digital bermula dari 22 Oktober manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Alternate Records & Talents.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram