pilihan raya

OLEH: SAIFUL BAHAR

SEMALAM saya terkejut membaca tulisan daripada Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor yang memperkatakan beliau terbaca dalam satu portal berita bahawa Perikatan Nasional (PN) menuntut untuk bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Bermakna Bersatu menuntut untuk bertanding lapan kerusi. PAS pula lima kerusi. Jumlah 13 kerusi sebagai syarat untuk bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Ini juga bermaksud kononnya UMNO tinggal hanya enam kerusi majoriti Melayu. Sembilan lagi kerusi, katanya, majoriti kaum Cina.

Jumlah bilangan kerusi majoriti Melayu dikatakan sebanyak 19 kerusi.
Beliau juga menuduh tuntutan ini tidak munasabah, bongkak dan tamak.

*Realiti keduduksn politik di Melaka

Agak mengecewakan apabila seorang anak Melayu lulusan Harvard menulis tanpa melihat kepada fakta ataupun angka-angka yang benar serta tepat.

Tulisan beliau hanya berupa provokasi dan ingin membawakan persepsi yang buruk terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bersatu serta PAS sebagai parti politik Melayu yang sombong dan bongkak.

Realitinya, angka-angka ini semuanya salah belaka. Cerita sebenarnya begini. Kita tengok angka dahulu.

Peratus pengundi Melayu dan Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka

DUN N.1 : Kuala Linggi.
Melayu = 74 % peratus.
Cina = 22 %.

N.2 : Tanjung Bidara.
M = 94 %.
C = 4 %.

N.3 : Ayer Limau.
M = 91 %.
C = 4 %.

N.4 : Lendu.
M = 78 %.
C = 16 %.

N.5 : Taboh Naning.
M = 80 %.
C = 12 %.

N.6 : Rembia.
M = 67 %.
C = 19 %.

N.7 : Gadek.
M = 61 %.
C = 22 %.

N.8 : Machap Jaya.
M = 45 %.
C = 39 %.
I = 14 %.

N.9 : Durian Tunggal.
M = 69 %.
C = 22 %.
I = 8 %.

N.10 : Asahan.
M = 64 %.
C = 22 %.
I = 11 %.

N. 11 : Sungai Udang.
M = 80 %.
C = 8 %.
I = 3 %.

N. 12 : Pantai Kundor.
M = 80 %.
C = 17 %.

N.13 : Paya Rumput.
M = 62 %.
C = 29 %.
I = 7 %.

N. 14 : Klebang.
M = 67 %.
C = 30 %.

N. 15 : Pengkalan Batu.
M = 65 %.
C = 28 %.
I = 5.

N. 16 : Ayer Keroh.
M = 41 %.
C = 49 %.
I = 8 %.

N. 17 : Bukit Katil.
M = 65 %.
C = 30 %.
I = 4 %.

N. 18 : Ayer Molek.
M = 88 %.
C = 7 %.
I = 4 %.

N.19 : Kesidang.
M = 37 %.
C = 57 %.
I = 4 %.

N. 20 : Kota Laksamana.
M = 17 %.
C = 79 %.
I = 3 %.

N. 21 : Duyong.
M = 61 %.
C = 33 %.
I = 4 %.

N. 22 : Bandar Hilir.
M = 13 %.
C = 76 %.
I = 5 %.

N. 23 : Telok Mas.
M = 74 %.
C = 23 %.
I = 2 %.

N. 24 : Bemban.
M = 62 %.
C = 21 %.
I = 16 %.

N. 25 : Rim.
M = 67.
C = 19.
I = 13.

N. 26 : Serkam.
M = 90 %.
C = 6 %.
I = 3 %.

N. 27 : Merlimau.
M = 70 %.
C = 17 %.
I = 11 %.

N. 28 : Sg. Rambai.
M = 84 %.
C = 13 %.
I = 2 %.

Jumlah kerusi majoriti Melayu melebihi 50 peratus di Melaka ialah 23 kerusi bukannya
19 kerusi.

Jumlah kerusi majoriti Cina pula ialah lima kerusi sahaja, bukannya sembilan.

Khabar beritanya, cadangan pembahagian kerusi ialah UMNO bertanding 13 kerusi DUN majoriti Melayu.

Baca artikel berkaitan: Selepas Zahid tegaskan tiada kerjasama UMNO-Bersatu, Muhyiddin umum PN bertanding di semua 28 kerusi PRN Melaka

Bersatu (PN) pula bertanding tujuh kerusi DUN majoriti Melayu. Pas (PN) bertanding dua DUN majoriti Melayu. MCA dan MIC (BN) bertanding enam kerusi DUN.

Maknanya jumlah kerusi untuk BN ialah 19 kerusi manakala PN sembilan kerusi.
Agak munasabah dan adil.

UMNO mempertahankan kesemua kerusi yang mereka dimenangi pada PRU-14.

Dengan formula (13 + 7 + 2) dijangkakan boleh menghasilkan kemenangan untuk BN dan PN majoriti 22 kerusi.

Seterusnya dengan kerjasama politik BN dan PN, dijangka BN dan PN boleh terus menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Diberitakan juga cadangan Ini tidak diterima oleh UMNO. Sebaliknya UMNO mahu bertanding 16 kerusi majoriti Melayu.

UMNO mahu memberi Bersatu bertanding dua kerusi dan begitu juga PAS diagihkan dua kerusi. MCA dan MIC diberi lapan kerusi. Ini tidak dipersetujui oleh Bersatu dan PAS.

Realiti politik.

Realiti politik semasa sekiranya rundingan dijalankan secara baik, adil dan saksama, BN dan PN dijangka boleh dengan mudah menang 22 kerusi dan terus memerintah semula.

Tetapi, sekiranya BN dan UMNO tetap mahu bertanding solo tanpa gabungan kerjasama politik yang mantap, tiada jaminan yang UMNO akan dapat mempertahankan 13 kerusi DUN mereka sekarang.

DAP dijangka akan menang kesemua lima kerusi campuran majoriti Cina dan India.

Oleh yang demikian, PKR dan Amanah perlu mencari hanya sepuluh kerusi lagi untuk kembali memerintah negeri Melaka.

Ini realiti politik negeri Melaka sebenarnya. Tidak perlulah pihak lain yang tidak mempunyai fakta atau angka, mahu mengembar-gemburkan keadaan, seolah-olah PN ini, rakan politik BN yang amat jahat, sombong dan bongkak.

Ini semua persepsi salah dan berniat jahat. Ketika ini, PN masih lagi menjadi rakan kongsi kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Kita masih ada masa sementara menunggu hari percalonan pada 8 November. Masih ada masa untuk rundingan dilakukan, demi masa depan orang Melayu di Melaka.

Penulis merupakan penganalisis politik dan sosial

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram