PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun mengumumkan kemunculan album penuh studio kesembilan, Zikir Terapi Acapella, menerusi Arteffects dan Universal Music Malaysia.

Album terbaru ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan album Zikir Terapi Diri pada 2011. Album fizikal berkenaan telah terjual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia dan mencatatkan lebih 100 juta tontonan di YouTube.

Tanpa keraguan, ini merupakan antara album yang paling berjaya pernah diterbitkan di negara ini. Setelah 10 tahun album tersebut diterbitkan, Hafiz telah mengambil keputusan untuk kembali ke studio dan merakamkan versi acapella album tersebut.

Penerbitan album ini sangat luar biasa; meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan oleh kerajaan berikutan kes COVID-19 di Malaysia, album ini telah diterbitkan secara maya, di mana Hafiz terpaksa bekerja dari jarak jauh bersama jururakam bunyi disebabkan keterbatasan dan kekangan operasi.

Bagaimanapun, mengambil kira penggunaan teknologi sepenuhnya di dalam pembikinan album ini, ia telah sempurna dirakam, diadun dan melalui proses mastering selama sebulan.

Bersama-sama kemunculan album ini secara digital, Hafiz akan menerbitkan versi cakera padat (CD) secara terhad dan eksklusif menerusi platform e-dagang, Shopee. Video muzik dari album ini juga akan mula dikeluarkan bersama-sama pengedaran digital di YouTube.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram