Hampir 73 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus rancak berjalan bagi memastikan tiada siapa pun tertinggal daripada menerima suntikan.

Walaupun jumlah populasi dewasa yang telah lengkap vaksinasi telah melonjak ke tahap memberangsangkan, namun proses pemberian vaksin tidak terhenti begitu sahaja.

Sejak PICK bermula Februari lalu, sebanyak 49.069 juta dos telah pun diberikan ke seluruh negara.

Setakat semalam, hampir 73 peratus populasi keseluruhan telah pun lengkap divaksinasi termasuk bagi vaksin COVID-19 dos tunggal, CanSino.

Jumlah hampir 73 peratus iaitu 72.8 peratus itu turut merangkumi 23.766 juta individu telah pun lengkap vaksinasi.

Lebih membanggakan, sebanyak sembilan negeri merekodkan kadar populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi melebihi 90 peratus.

Secara keseluruhan, sebanyak 94.6 peratus penduduk dewasa telah pun lengkap imunisasi masing-masing.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 25.366 juta individu atau 77.7 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos kekal berada di bawah paras 200,000 semalam.

Baca artikel berkaitan: Hampir 95 peratus dewasa seluruh negara lengkap vaksin

Sebanyak 124,540 dos telah pun diberikan merangkumi 9,831 untuk dos pertama manakala 106,261 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 97.5 peratus.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 7.317 juta atau 86.9 peratus populasi keseluruhan.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.783 juta (73.6 peratus populasi) di Johor; 2.201 juta (56.3 peratus populasi) di Sabah; 2.054 juta (72.9 peratus populasi) di Sarawak dan sebanyak 1.712 juta (68.2 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.471 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.426 juta) dan 1.098 juta di Pahang.

“Seterusnya, Kelantan berjumlah 1.071 juta; Negeri Sembilan telah mencatatkan 868,957 lengkap dos kedua dan 808,883 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 683,803 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 191,472 di Perlis dan 76,114 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.832 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 3.005 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.367 juta); Sarawak (2.129 juta); Perak (1.836 juta) dan Kedah (1.544 juta).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This