SELEPAS sebulan membina mahligai bersama insan tersayang, Zizi Kirana mengakui dia bahagia melalui detik-detik alam berumah tangga bersama suami, Yusuf Bahrin yang juga merupakan seorang selebriti.

Terdahulu, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, telah selamat diijabkabulkan bersama pelakon tampan serta tinggi lampai, Yusuf Bahrin, 29, dalam sebuah majlis pernikahan serba ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Kongsi Zizi, kehidupan sehariannya berbeza selepas berkahwin kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri sahaja, sekarang kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur,” ujar Zizi

Sikap Yusuf yang tidak cerewet mengenai makanan, bertolak ansur dan rajin menguruskan kerja rumah telah memudahkan Zizi yang kadang-kala sibuk bekerja sebagai seorang selebriti.

“Alhamdulilah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

“Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah, “ katanya memetik laporan mStar.

Menurut Zizi, dia dan suami tiada perancangan untuk berbulan madu sebaliknya mereka merancang untuk mengerjakan umrah bersama-sama suatu hari nanti.

“Alhamdulilah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi..sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat.

“Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni..Insya-Allah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga,” katanya.

Tambah Zizi lagi, mereka akan menunaikan umrah sebaik sahaja tugas dan penggambaran Yusuf selesai pada Disember depan.

“Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan..bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram