
GABUNGAN penggunaan teknologi ke arah kebaikan dalam amalan membaca Al-Quran disifatkan seiring dengan prinsip Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah cara hidup Keluarga Malaysia kepada norma baharu termasuk dalam aspek pengajaran dan pembacaan Al-Quran.
Kata beliau, gabungan Al-Quran dan teknologi dapat memperkuat serta memperjelas sesuatu fakta hujahnya dengan merujuk kepada hadis, mazhab-mazhab, para sarjana, saintis Islam mahu pun bukan Islam.
Perdana Menteri berkata, teknologi dan agama saling menyempurnakan antara satu sama lain.
“Al-Quran dan teknologi tidak dapat dipisahkan kerana ia adalah wahyu Allah SWT yang diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara hak dengan yang batil manakala teknologi ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian dilakukan manusia.
“Perhubungan teknologi dan agama dipandang sebagai perhubungan roh serta jasad. Alam tabi’i perlu difahami, dikaji dan manusia akan beroleh manfaat daripadanya,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Sokong penuh keputusan Pengerusi ASEAN berhubung perwakilan Myanmar – PM
Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian penutup Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan Peringkat Kebangsaan, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, penggunaan teknologi ke arah kebaikan dapat dilihat dalam majlis tersebut.
Katanya, teknologi telah menghubungkan 26 orang qari dan qariah Johan-Johan Tilawah Kebangsaan di seluruh negara yang bersiaran secara langsung dari 11 lokasi yang boleh disaksikan di pelbagai capaian media.
“Alunan ayat-ayat Al-Quran dan ibrah huraian ayat pula dipancarkan kepada penonton menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) yang menunjukkan Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada memaksimumkan penggunaan teknologi dalam kehidupan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram