Hidangan berasaskan ayam antara menu yang sangat digemari. Apa kata cuba resipi ayam masak lapis ni. Resipi yang sangat sedap dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam
250 ml santan pekat
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap cair
Minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 biji buah pala
1 biji telur ayam

BAHAN HIRIS:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Lumur ayam dengan sebahagian bahan kisar. Ketepikan.
  2. Pukul telur dan satukan dengan bahan hiris. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak, celup kepingan ayam ke dalam bancuhan telur lalu goreng separuh masak. Angkat dan keluarkan.
  4. Buangkan sedikit lebihan minyak, tumiskan lebihan bahan kisar sehingga kekuningan.
  5. Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Kemudian masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi.
  6. Kemudian masukkan pula santan pekat. Jangan dikacau tetapi cukup sekadar,goyang-goyangkan periuk sehingga kuat
    menjadi pekat. Akhir sekali, tambahkan garam secukup rasa.
  7. Untuk lebih enak, taburkan dengan hirisan bawang goreng.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram