SEMALAM, usahawan sensasi iaitu Nur Sajat telah membuat satu siaran langsung di Instagram (IG Live) bersama rakan baiknya yang juga ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi IG Live itu, Aliff memaklumkan kepada Sajat bahawa kedua orang tuanya sudah tidak ceria seperti dahulu ekoran penghijrahannya ke Australia.

“Aku jumpa mak kau, dia dah tak seceria dahulu. Cuma apabila dia dengar kau okey, dia lega. Dia ada bertanya tahu tak? Aku tak tahu.

“Apabila aku cerita pada ayah dan mak kau, dia kadang kala menangis. Sedih dia, dia yang maklumkan dekat aku bila kau dah selamat sampai di Australia. Aku pun terkejut.

“Dia kata kau banyak membantu, menyumbang untuk keluarga. Aku tengok anak kau asyik tanya mana umi, rindu dengan umi. Aku cakap umi cari duit,” ujar aliff kepada Sajat menerusi sesi ‘live’ tersebut.

Dalam IG Live itu juga,, Sajat turut mengakui sangat merindui keluarga dan kehidupannya yang lama dulu.

“Saya merindui keluarga, anak, kawan, perniagaan dan juga kehidupan saya yang sebelum ini.

“Akan tetapi saya tidak boleh putar kembali masa, saya perlu melangkah ke hadapan dan untuk melupakan Malaysia bukan sesuatu yang mudah,” kongsinya kepada Aliff.

Sementara itu, Aliff berharap agar sahabat baiknya itu tidak lupa untuk membahagiakan keluarganya di Malaysia dan sentiasa bertanggungjawab untuk menunaikan solat.

Terdahulu, Sajat telah mengejutkan ramai pihak dengan mendedahkan dirinya sudah berpindah ke Australia dan tidak akan kembali lagi ke Malaysia.

Katanya, dia berhasrat untuk berpindah ke negara tersebut untuk memulakan kehidupan yang baru dan cuba untuk membina perniagaannya di sana.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram