Sedapnya kari hijau ayam ni. Memang membuka selera. Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Jom cuba resipi yang mudah ini.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 batang serai – ketuk
400 ml santan
250 ml minyak masak
3 tangkai daun ketumbar – hiris
3 hiris lengkuas
4 biji kentang

BAHAN KISAR:
4 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm halia
Sedikit belacan
6 tangkai cili hijau

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumiskan bahan kisar dengan serai sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan ayam.Biarkan ayam kecut.
  3. Kemudian tuangkan santan. Biarkan ia mereneh.
  4. Masukkan kentang, garam, gula, asam gelugor dan lengkuas.
  5. Biar ayam sudah masak, taburkan daun ketumbar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram