Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi pasta fettuccini lada hitam yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN – BAHAN:
150 gm pasta fettuccini
3 ekor udang – sederhana besar
15 gm isi ayam
15 gm sotong
1 ulas bawang putih – cincang
2 ulas bawang merah – cincang
3 sudu kecil serbuk lada hitam – kisar
2 biji cendawan hitam – direbus dan dipotong memanjang
1 batang daun bawang
15 gm lada benggala merah
15 gm lada benggala hijau
Gula dan garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Rebus pasta fettuccini terlebih dahulu. Tus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di cincang seperti bawang merah, bawang putih dan serbuk lada hitam.
  3. Kemudian masukkan pula isi ayam, sotong dan udang. Masak seketika.
  4. Selepas itu masukkan pula pasta fettuccini tadi berserta sedikit air.
  5. Masak sehingga rata. Kemudian masukkan lada benggala yang dipotong memanjang bersama cendawan hitam dan daun bawang.
  6. Perasakan dan masak hingga rata. Hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram