PENYANYI Aina Abdul, telah mencatat sejarah baharu dalam karier seniya selepas tiket persembahan sulungnya habis terjual dalam tempoh hanya 48 jam.

Menurut Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani,28, dia sangat teruja dan terkejut dengan sambutan luar biasa daripada peminat dan Showcase ‘A Night with Aina Abdul’ itu bakal berlangsung di Bsync, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Disember.

“Saya sangat teruja sebab ini bakal menjadi ‘showcase’ pertama saya sepanjang berkecimpung dalam bidang muzik.

Kongsi Aina, dia sudah lama mengimpikan saat ini kerana pengalaman sebelumnya dia hanya membuat persembahan skala kecil dan tidak ramai penonton.

“Sebelum ini saya memang ada buat persembahan tapi berskala kecil. Pernah acara yang dianjurkan tidak ramai penonton yang datang dan menyanyi di hadapan satu meja tetamu.

“Tapi kali ini saya tak sangka tiket terjual dengan begitu pantas. Ini adalah impian saya sejak dulu lagi,” ujarnya memetik laporan Harian Metro

Jualan tiket telah dibuka sejak tiga hari lalu dan dijual dengan harga RM190.

Dalam pada itu, Aina meluahkan rasa syukur apabila kerajaan telah membenarkan aktiviti persembahan pentas secara bersemuka.

“Saya memang sudah lama merancang untuk mengadakan ‘showcase’ dan mahu diadakan secara dalam talian susulan penularan covid-19, tapi sebaik kerajaan umumkan konsert dibenarkan saya terus berbincang dengan pasukan saya.

“Alhamdulilah bulan lalu kami berjaya mendapatkan lokasi terbaik dan terus buat tempahan. Saya juga enggan fikir panjang sebab bimbang apa yang dirancang tak menjadi.

“Kalau dulu ada saja halangan seperti kekangan masa dan kewangan tapi kali ini, Alhamdulilah semuanya bergerak sangat cepat. Saya harap dapat diadakan seperti yang dirancang dan dipermudahkan,” katanya.

Melalui perkongsian di Instagramnya, Aina berterima kasih kepada semua peminatnya kerana menyokong ‘showcase’ sulungnya itu.

Malah, dia terharu apabila masih ada peminat menghantar mesej langsung (DM) mahu beli tiket meskipun ia sudah habis terjual.

“Thank you yang sokongan Aina..Terima kasih yang sokongan showcase pertama saya. Tak sabar nak jumpa semua tak lama lagi!

“Ada lagi yang mesej admin Aina mengenai ticket showcase Aina..Maaf sangat-sangat yang tak sempat nak beli tiket. Insya-Allah, jumpa lagi untuk konsert akan datang, okay,” tulisnya.

Terdahulu, bakat kelahiran program realiti Mentor Legend ini meraih pelbagai pencapaian termasuk menjuarai salah sebuah kategori di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 di Los Angeles, Amerika Syarikat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram