MIKE merupakan EP pertama yang dilancarkan penyanyi Yung Raja sebagai kejutan untuk peminat. MIKE mendapat sentuhan penerbit Flightsch & RIIDEM, bakal menyerikan lagi portolio seni rapper ini untuk tahun ini: Yung Raja dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 artis sedang meningkat naik oleh NME pada tahun 2021, single hitnya ‘Spice Boy’ berjaya menduduki carta Spotify Viral 50 Singapura & Malaysia dalam tempoh sehari selepas dilancarkan, dan lagunya Mami turut menjadi sebutan Jimmy Fallon secara langsung di televisyen Amerika Syarikat.

Dalam EP yang mengandungi tiga buah lagu ini, MIKE menampilkan sisi inovatif dan fleksibel penyanyi rap Singapura ini. Seorang yang bijak bermain dengan kata-kata, kebolehannya menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa Tamil yang tiada tandingan, MIKE mengangkat Yung Raja ke tahap yang lebih tinggi dari segi permainan kata, keyakinan, dan kemahirannya.

“Projek ini berasal dari sudut jiwa saya yang belum pernah saya terjemahkan di atas kertas,” kata Yung Raja. Menyifatkan MIKE sebagai titik penting dalam kerjayanya yang diharapkan bakal menjadi pemangkin untuk beliau terus memajukan dirinya sebagai artis hip-hop dwibahasa yang berkembang pesat di Asia Tenggara.

Sedari awal, lagu yang menjadi judul EP ini mengandungi ciri-ciri khas karya Yung Raja: beliau merujuk kepada budaya pop Barat – dari batu permata hingga ke Gucci, ruang melepak hingga ke Gigi Hadid – dengan jalinan bunyi dan lirik yang berakar umbi pada identitinya yang berbangsa Tamil dari Asia Selatan. Yung Raja sangat luar biasa dalam melukis semula dan menyusun kembali sempadan antara aspirasi harian dan barang berharga.

Walaupun masih mengekalkan subjek yang sama, Yung Raja bakal menawan hati peminat dengan hala tuju muzik baru yang menampilkan produksi muzik yang eksentrik dan penuh gemilang menerusi garapan rentak ‘trap’ dengan skala muzik India Selatan, bagi mempersiapkan pendengar dalam menjangka perubahan yang bakal mendatang.

Penyanyi rap, yang bijak dalam menyuntik keseronokan dan keriangan dalam muziknya, dilihat bakal mengukuhkan lagi kehadirannya dalam arena ini menerusi ‘MIKE’ sekaligus menjadikan peminat sentiasa menunggu langkah Yung Raja seterusnya di masa hadapan.

“Ketiga-tiga lagu ini adalah kisah saya. Kisah bagaimana saya berusaha untuk terus maju,” ulas Yung Raja mengenai MIKE. Lagu yang turut diberi judul EP ini, cuba memaparkan apa yang disebutkan rapper ini sebagai ‘bahagian yang sangat menarik’ dalam hidupnya.

Lagu itu penuh dengan keberanian dan keterujaan dalam mencari keseronokan, tetapi dengan sikap berjiwa kental, sesuatu yang Yung Raja telah temui sejak kebelakangan ini.

“Saya banyak belajar dalam proses membuat projek ini. Saya tidak pernah merasakan sebebas ini dalam hidup saya … dalam pemikiran dan ekspresi saya. Begitu pentingnya meletakkan sesuatu itu pada perasaan kita dan bukannya pada apa yang ‘betul’ semata-mata,” tegasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram