ADAKAH coklat baik untuk anda? Ya, namun anda harus memilih coklat yang tinggi kandungan kokonya. Ini bermakna ia kurang kandungan mentega, gula, lesitin, vanila, susu dan lain-lain wang menjadikan coklat sebagai sayur berbanding gula-gula.

             Jadi apakah manfaat coklat hitam kepada kesihatan? Coklat hitam kaya dengan antioksidan. Paras antioksidannya lebih tinggi berbanding wain merah, teh hijau, buah delima dan blueberri.

             Makanan yang kaya antioksidan dikaitkan dengan pengurangan risiko serangan jantung, strok, penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol,artritis, asma, alzheimer dan banyak lagi.

             Kandungan gula dalam dark chocolate dianggarkan antara 10 – 15 gram, yang mana lebih rendah berbanding 22 gram dalam jus oren, yogurt (29 g) dan jus cran-grape (34 g), yang dianggap ‘baik’ kepada kesihatan.

             Bagaimana pula dengan kandungan kafein? Secara purata , sekeping coklat bar mengandungi 27 mg atau separuh daripada yang terkandung dalam cola atau 1/3 daripada secawan kopi. Malah kajian mendapati mengambil kurang 200 mg kafein sehari baik untuk kesihatan.

             Ivory Coast membekalkan 43 peratus bekalan koko, menjadikannya sebagai pengeluar koko terbesar dunia.

             Penyelidik mendapati coklat merangsang bahagian otak yang dikaitkan dengan ketagihan. Fenomena ketagihan coklat masih menjadi misteri yang terus dikaji.

             Tarikh luput coklat ialah setahun, namun apabila diletakkan dalam peti sejuk, ia tahan lebih lama. Sebab mengapa coklat baik untuk kesihatan ialah kandungan theobromine yang membantu membesarkan salur darah yang mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi.

             Coklat merupakan makanan kegemaran sedunia dan merupakan sumber tenaga segera. Ia mengandungi lebih 500 komponen perisa – dua kali ganda berbanding strawberi dan vanila.