Lauk pauk kampung memang sedap apatah lagi dimakan bersama nasi panas.  Di tambah pula dengan sedikit ulam-ulaman. Jom cuba resipi terung tumis isi ikan yang pasti menambat selera.

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung – rebus
100 gm terung pipit
200 gm terung telunjuk
Gula dan garam
Minyak
1/2 cawan air asam jawa cair

BAHAN TUMBUK:
9 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ikan kembung yang direbus diasingkan tulang dan isi.
  2. Tumbuk kasar isi ikan kem bung dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak.
  4. Tumis bahan tumbuk se hingga pecah minyak.
  5. Masukkan gula dan garam.
  6. Kemudian masukkan kedua jenis terung dan tuangkan sedikit air asam jawa.
  7. Akhir sekali masukkan isi ikan. Tumis sehingga kering.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram