Orang ramai menonton siaran langsung Pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

BAJET 2022 memastikan agenda pemerkasaan bumiputera terus diberi keutamaan dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum di negara ini.

Untuk itu, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, RM11.4 bilion disediakan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan bumiputera.

Daripada jumlah tersebut, katanya, RM6.6 bilion disediakan bagi kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera antaranya di bawah MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju.

“Peruntukan ini disediakan untuk pinjaman pendidikan, menaik taraf program sijil ke diploma, selain usaha melahirkan profesional dalam kalangan Bumiputera di bidang perubatan, kejuruteraan dan kewangan,” katanya ketika berucap membentangkan Bajet 2022 hari ini.

Ujar beliau, sebanyak RM4.8 bilion pula adalah untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

Menurutnya, sebagai usaha meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor Bumiputera tempatan, potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak dinaikkan daripada sehingga RMM300,000 kepada sehingga RM500,000 dan dilanjutkan bagi tempoh LIMA tahun sehingga 31 Disember 2025.

“Akhir sekali, bagi menggalakkan penyertaan belia Bumiputera dalam melaksanakan projek-projek berskala kecil perolehan Kerajaan, sebanyak RM200 juta akan disediakan.

“Sebagai tambahan, Kerajaan melalui CIDB akan mewujudkan accelerator program khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan on-the-job training dengan peruntukan RM10 juta,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Bantuan RM500 buat imam, bilal, siak dan guru agama

Bajet 2022 bertema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, RM332.1 bilion diperuntuk

Sementara itu, katanya, selain daripada program-program nasional untuk manfaat semua, sebanyak RM200 juta turut disediakan khusus untuk kaum Cina.

“Peruntukan ini antaranya untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baru dan Skim Pembiayaan Usahawan PKS.

“Bagi kaum India pula, sebanyak 145 juta ringgit disediakan antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim
Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram