bubur ayam mcd

Bubur ayam Chinese Style ini cukup menyelerakan dan pastinya sesuai dibuat sebagai sarapan pagi atau hidangan petang untuk keluarga. Malah caranya juga cukup mudah, masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi dan tanak sehingga masak.

Menurut perkongsian Rafiza Idayu, bubur antara hidangan utama kaum Cina tidak seperti kaum Melayu yang kebanyakan menyediakan bubur jika ada yang tidak sihat di rumah. Malah cara menjamahnya juga berbeza kerana bubur kaum Melayu kebanyakannya dimasak bersama kicap bersama ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng.

Jom kita cuba resipi bubur ayam Chinese Style cara Rafiza Idayu.

Cara :

Masak bubur macam biasa menggunakan rice cooker. Saya masak 1 pot beras. Air setengah periuk.
Masukkan ayam cincang. Kalau ada tulang pun masukkan sekali sebab manis tulang akan dikeluarkan ketika masak.
Masukkan serbuk halia. Saya guna serbuk halia Anjaad.
Masukkan bay leaf.
Sauteed bawang besar yang dihiris nipis.
Masukkan sauteed bawang besar ke dalam bubur. Kenapa sauteed bawang ?

Ia akan memberikan aroma yang wangi. Berbanding bawang mentah yang terus dimasukkan ke dalam bubur.
Cuba bau bawang tersebut sebelum dituang ke dalam bubur.
Masukkan kiub pati ayam.
Masukkan serbuk lada sulah.
The ultimate secret adalah Minyak Bijan. Masukkan dalam 2 sudu minyak bijan dan off rice cooker. Masukkan garam jika perlu.
Siap. Bubur ayam sedia dihidang.

Sumber : Rafiza Idayu