SALAM Sabtu semua, kepada peminat Liverpool tahniah atas kemenangan 5-0 anda dan harap peminat MU masih bersemangat – ketika waktu sukar  ni lah kita dapat tengok siapa peminat plastik dan siapa tidak?

Dalam tempoh beberapa minggu Liga Inggeris berlangsung, peminat rival gembira dengan  prestasi MU yang sekadar berjaya mengutip hanya satu mata dalam empat perlawanan. Kerana ego dan hati tergores, mula lah penyokong MU  menuding jari kepada warga Norway, Ole Gunnar Solskjaer.

Banyak laporan dilaporkan berkaitan pemain ‘berdebat’ dengan Ole. Mereka persoalkan taktik permainan beliau. Ada juga klip video Ronaldo ‘menari’ Tiktok atas padang sindir  taktik bersepah Oleh – kelab sendiri dah bersepah apa la sangat manager kan?

Berdasarkan laporan media Inggeris, orang di dalam Manchester United Football Club sendiri tidak yakin Ole akan duduk kat tepi Old Trafford tu lebih lama, selepas ada sumber menyatakan dorang dah mula survey pengurus lain macam Antonio Conte.

Secara logiknya, kalau dorang yakin dengan Ole, tak adanya nak tengok orang lain… tu aje lah kan? Confirm lah Ole kena buang, betul? Kalau tu berlaku…settle kah masalah? Belum, banyak lagi nak kena fikir terutama siapa nak ganti?

Macam yang banyak korang baca, Antonio Conte adalah salah seorang calon yang MU tengah pertimbang dan ramai penyokong MU sangat terbuka untuk menerima bekas Pengurus Inter Milan tu jadi pengurus baru MU.

Peminat Chelsea mungkin tahu Conte ni macam mana sebagai pengurus – bertenaga dan menuntut pemain lebih agresif dan bekerja lebih keras. Berapa minggu lepas Sis bincangkan kenapa si Ole ni tak turunkan Donny van de Beek dan ungkit yang dia tak ada style of play.

Mungkin dengan kedatangan boss Conte ni, dia boleh perkenalkan strategi dan style kepada pemain sedia ada dan bonus – jadi touchline cheerleader kepada skuad yang kekurangan personaliti.

Tapi dia sesuai ke? Buat masa sekarang, banyak penyokong MU suka dengan Conte ni, siap ada yang jadikan gambar dia profil kat Twitter tapi yang tak suka adalah musuh nombor 1, Joel and Avram Glazer, pemilik Manchester United.

Menurut laporan, dorang rasa Conte “tak sesuai dengan budaya Manchester United yang main attacking football” – korang tak nampak tapi Sis geleng kepala masa taip ayat tu. Bila masa pula dorang kisah pasal budaya, Sis pun tak tahula. Nanti Sis bincangkan taktik dan strategi dia pada hari lain.

Ramai juga penyokong MU nak Pengurus Ajax Amsterdam, Erik Ten Hag sebab Ajax tengah in form di Liga Belanda tapi takkan lah dia nak tinggalkan kelab tu tengah-tengah musim?

Kalau MU nak… kena tunggu lah musim depan walaupun perlukan pengurus sekarang. Sis ada baca tentang Zidane, tapi banyak sangat khabar angin, susah nak kata dia nak ke tak nak.

Masalah utama MU ialah kebanyakan pengurus berpotensi tidak akan tinggalkan kelab dorang sekarang untuk masuk kerja dalam masa dua, tiga minggu ini. Conte pula ada yang risau hanya berkesan bagi jangka masa pendek.

Sis ada baca kat Twitter, pada zaman modern football ni, susah bina kelab untuk kejayaan jangka masa panjang.Pengurus quick fix tu terpaksa diambil untuk menang piala walaupun musim ketiga boss tu dah kena buang. Sis bersetuju dan sedih bila fikir zaman macam Sir Alex dah tak boleh disaksikan lagi sekarang.

Satu lagi Sis bimbang, kalau Ole kena buang, siapa interim? Betul ke buang Ole masalah MU boleh selesai? Mungkin ye, mungkin tidak. Susah jadi penyokong MU ni, banyak overthinking. Ada jugak yang kelakar kata kena relegate terus.

Tapi jangan risau tak semua buruk kat Manchester United. Jika Ole dibuang, dia tinggalkan skuad yang sangat kuat untuk pengurus seterusnya, itu Sis beri setinggi-tinggi pujian kerana Sis yakin masalah utama adalah strategi dan coaching yang tidak bernas.

Semua pasukan boleh bermain dengan baik sebenarnya… cuba tengok Liverpool dan Chelsea? Main ‘cantik aje’ sebab coaching bagus, jadi mungkin MU boleh tengok kat masalah tu dulu.

Sementara Ole masih “at the wheel”, Ronaldo cuba beri semangat kepada pemain apabila menentang Spurs di White Hart Lane. Tidak kisah menang atau kalah Manchester United perlu tahu langkah seterusnya.

Itu sahaja daripada Sis minggu ni. Banyak nak tulis sebenarnya pasal Ole tapi kita saksikan Ahad ini (pukul 12,30 tengah malam waktu Malaysia) macam mana.

Kalau ada apa-apa pendapat, sila kongsi ye di [email protected] Sis hargai pendapat semua orang. Salam Sabtu!

  • Penulis adalah graduan graduan kewartanan UiTM dan peminat setia Manchester United