SELALU kita melihat aksi-aksi superhero di kaca TV yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik. Sebenarnya, dalam kehidupan manusia juga wujud mereka yang mempunyai kuasa elektrik dalam tubuh mereka. Dan sejak dulu, golongan ini masih terus menjadi perhatian para pengkaji.

Ini beberapa kisah mereka…

KES PERTAMA

Pada 15 Januari 1846, seorang gadis dari Perancis, Angelique Cottin, 14, didakwa memiliki badan yang mempunyai kuasa elektrik yang sangat menakjubkan. Apa sahaja benda, tidak kira logam atau kayu akan tertarik pada badannya. Lebih mengejutkan, orang yang berada berdekatan dengannya juga dapat merasa renjatan elektrik itu.

Akibat daripada kuasa luar biasa itu, Angelique sering mengalami luka-luka pada badan serta degupan jantungnya meningkat hingga 120 degupan per-minit. Dia juga kerap mengalami kekejangan otot.

Kejadian yang dialami Angeligue telah menarik perhatian para penyelidik dari Academy of Science, Perancis bagi mengkaji punca-punca sebenar yang menimpa gadis itu.

Selepas kajian dilakukan, para penyelidik mendapati punca sebenar yang berlaku pada Angelique adalah disebabkan terdapat aliran elektromagnet yang berkuasa tinggi di dalam badannya.

KES KEDUA

Pada tahun 1877, di Ontario, Kanada, Caroline Clare, 17, telah pengsan dan tidak sedarkan diri selama dua tahun. Setelah sedar, dia telah kehilangan satu pertiga berat badannya. Malangnya doktor yang merawatnya itu tidak dapat mengenal pasti apakah penyakit yang berlaku padanya.

Anehnya, selepas sembuh, badannya dapat menghasilkan cas elektrik yang tinggi. Sesiapa yang berada berhampiran akan merasai kejutan elektrik itu. Selepas daripada kejadian itu, kesnya itu menjadi bahan kajian para penyelidik daripada Persatuan Perubatan Ontario bagi mencari bukti asal-usul tenaga elektrik yang berada dalam tubuhnya.

KES KETIGA

Berlainan pula dengan Jennie Morgan dari Sedalia, Missuari, yang mampu menjana percikan api akibat arus elektrik yang dimilikinya. Kebolehan luar biasa itu dicetuskannya secara tidak sengaja sewaktu dia tidak sedarkan diri.

Percikan api yang keluar ini telah mengejutkan keluarganya. Kehebatan ini bukan sekadar itu saja. Dia juga mampu mengeluarkan gelombang elektrik hingga orang yang berada di sekelilingnya mampu merasai renjatan elektrik ini.

Menurut Jennie, arus elektrik ini muncul mengikut perasaannya. Misalnya jika dia berasa teruja, gelombang itu akan keluar dengan kuat. Tetapi sekiranya dia berasa terancam, kulitnya akan mengeluarkan percikan api.

KES KEEMPAT

Pada 1889, Frank Mckinstry dari Joplin, Missouri, memiliki satu tenaga aneh pada badannya. Tenaga itu telah menyebabkan lelaki ini sentiasa berjalan sepanjang masa. Tapi, sekiranya dia tidak berjalan maka kakinya akan terhenti secara tiba-tiba hingga boleh menyebabkan tanah tempat dia berpijak menjadi pecah.

____________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare