DATUK BAHAROM EMBI

CO-OPBANK Pertama (CBP) mengumumkan pelantikan Datuk Baharom Embi sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 30 Oktober 2021.

Menurut CBP, Baharom mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri kewangan yang dapat memacu CBP ke satu peringkat yang lebih tinggi.

“Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dan Kewangan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Sistem Sokongan Keputusan) dari New Hampshire College, Manchester, Amerika Syarikat.

“Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Pengerusi CBP adalah sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (TEKUN) sejak Februari 2015,” kata kenyataan CBP hari ini.

Baca artikel berkaitan: CBP perkenal sistem e-janjitemu mudahkan urusan pelanggan

CBP umum pembayaran dividen RM58.3 juta untuk tahun 2020

Menurut CBP, Baharom juga pernah berkhidmat dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dengan pengalaman selama 27 tahun dengan memegang beberapa jawatan di peringkat pengurusan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram