Sebahagian dariapada jemaah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka selepas menunaikan Solat Jumaat dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun, Petaling Jaya, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menitahkan agar jumlah ketetapan bilangan jemaah solat Jumaat dinaikkan.

Ketetapan ini merangkumi masjid dan surau-surau dengan kebenaran solat Jumaat di seluruh Selangor.

Sebagai contoh, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan boleh menerima kehadiran sehingga 3,500 jemaah berbanding 2,000 jemaah ketika ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Gambar FB Selangor Royal Office

Memetik kenyataan di Facebook Selangor Royal office, masjid-masjid daerah pula dinaikkan kepada antara 700 hingga 1,000 jemaah bergantung kepada jumlah kapasiti masing-masing.

Kata kenyataan itu, masjid-masjid institusi pula ditambah kepada antara 500 hingga 1,200 jemaah sementara masjid pengurusan, antara 400 hingga 700 jemaah.

“Pertimbangan dan keputusan ini diambil setelah baginda meneliti data-data terbaharu penularan wabak COVID-19 yang memperlihatkan statistik kematian harian telah menurun kepada satu digit bagi negeri Selangor.

“Mengikut statistik, sehingga 27 Oktober 2021, jumlah kematian akibat COVID-19 di negeri Selangor berjumlah 9,581 orang, di mana separuh daripadanya terdiri daripada orang Melayu beragama Islam.
 
“Bagaimanapun, dengan kelonggaran terbaharu ini, baginda dengan tegas mengingatkan para jemaah agar mengambil serius dan terus berhati-hati serta sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika beribadat di dalam masjid.

“Dalam masa sama, baginda berharap agar semua rakyat jelata sama-sama menggalas tanggungjawab untuk mengatasi penularan wabak COVID-19 ini.

Baca artikel berkaitan: Tetapan baharu jemaah solat Jumaat, fardu di Selangor

“Kita mesti menang dan kembali menjalani kehidupan seperti sediakala,” menurut laman Facebook Selangor Royal Office.

Dalam hantaran itu, baginda tidak mahu kelalaian dalam mematuhi SOP ini menjadi punca kes positif COVID-19 kembali meningkat dan seterusnya memungkinkan berulangnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tegas baginda, rakyat tidak mampu lagi berdepan dengan satu lagi “lockdown” seperti yang berlaku sebelum ini, yang ternyata menyusahkan kehidupan seharian rakyat sehingga menjejaskan sumber pendapatan.

“Untuk itu, baginda menyeru sekalian rakyat khususnya umat Islam agar menunaikan solat dan terus memohon doa ke hadrat Allah S.W.T. agar Negeri dan Negara yang kita kasihi ini dijauhi daripada wabak penyakit, bala dan malapetaka,” menurut laman Facebook berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram