high contrast image of a hangman's noose

PERTAMA, ini kisah seorang lelaki bernama William Duell yang ditahan atas tuduhan merogol dan membunuh seorang gadis di London. William yang baru berusia 17 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada November 1740.

Tali diikat pada leher William. Lantas pendopang kakinya ditarik. Zappp!!! Tubuh William tergeliat, menggeletik menahan kesakitan bila tali itu menjerut lehernya. Beberapa minit kemudian, tubuh William terdiam kaku tanda sudah mati.

Mayat William tergantung selama 20 minit sebelum diturunkan, dimasukkan ke dalam kotak khas lalu dihantar ke unit perubatan di sebuah universiti untuk dijadikan bahan uji kaji para pelajar.

Sewaktu membuka kotak tersebut, pekerja makmal terkejut bila mendapati nadi mayat itu masih berdenyut dalam keadaan amat lemah. Semakin lama, nadi itu semakin kuat. Dan dua jam selepas itu, William sudah mampu duduk semula. Hukuman gantung gagal meragut nyawanya menyebabkan hakim menukar hukuman dengan menyumbatkan William ke dalam penjara.

KEDUA, kisah John Henry George Lee dari Devon, England. Pemuda ini bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya bernama Miss Emma. Suatu hari, mayat Miss Emma ditemui dengan kesan kelar pada leher. Lantas Henry ditahan, dituduh membunuh majikannya. Walaupun Henry menafikannya dan bukti juga tidak kuat mengaitkannya, dia tetap dijatuhi hukuman gantung.

Tiba hari hukuman dijalankan pada Februari 1885. Henry dibawa daripada selnya ke tempat hukuman gantung. Kepalanya dimasukkan ke tali gantung dan, palang ditarik. Aneh, papan di bawah kakinya tidak terbuka seperti kebiasaan.

Henry dibawa turun semula. Pegawai yang bertugas cuba menarik semula palang itu. Elok saja pelantar kaki itu terbuka. Namun, bila Henry berdiri di atas pelantar itu untuk digantung, pelantar itu tidak terbuka.

Beberapa kali kejadian aneh itu berlaku. Saksi yang melihat percaya ia berlaku kerana Henry tidak bersalah. Pun begitu, pihak berkuasa tetap tidak mahu membebaskannya, sebaliknya hukuman gantung Henry diubah kepada penjara seumur hidup.

KETIGA, kisah Anne Greene, gadis berusia 22 tahun dihukum gantung pada tahun 1650 di istana Oxford, England, kerana tuduhan membunuh janin dalam kandunganya sendiri. Walaupun gadis itu sebenarnya keguguran, tetapi dia tetap disabitkan dengan tuduhan tersebut.

Selepas kepalanya dimasukkan dalam tali, tangga ditarik. Maka tergeliatlah tubuh Anne bagai ayam kena sembelih apabila tali menjerut lehernya. Setengah jam kemudian, tubuh Anne tidak lagi bergerak-gerak.

Mayatnya diturunkan lalu dihantar ke sebuah universiti untuk dijadikan bahan uji kaji. Semasa di kampus, doktor membuka kotak mayat Anne dan terkejut mendengar bunyi nafas daripada kerongkongnya.

Mereka cuba memberi Anne minum. Dan 12 jam setelah digantung, Anne sedar seperti sediakala. Dia dilepaskan daripada hukuman dan akhirnya berkahwin serta melahirkan tiga orang anak.

KEEMPAT, kisah Joseph Samuel di Australia yang dihukum gantung pada September 1803 kerana dituduh merompak dan membunuh. Josep akui dia merompak namun menolak dakwaan dia membunuh. Namun, hukuman gantung tetap dijatuhkan atas kesalahannya. Joseph dibawa ke tempat hukuman yang dijalankan di hadapan penduduk tempatan.

Joseph dinaikkan ke atas gerabak dan tali dimasukkan ke lehernya. Gerabak itu lantas ditarik. Anehnya, tali yang menjerat leher Joseph putus. Cubaan kedua dilakukan, pun sama. Begitu juga kali ketiga, tali yang menjerut leher Joseph tetap putus, menyelamatkan nyawanya dari tali gantung. Keanehan itu menyebabkan hukuman Joseph ditukar kepada hukuman penjara.

Selepas membaca kisah di atas, mungkin anda beranggapan mereka semua amat bertuah kerana masih hidup walaupun maut cuba menjemput mereka.

Tidak! Tiada tuah, tiada nasib baik. Bagi orang Islam, kematian hanya boleh berlaku dengan keizinan Allah. Seperti kata Sheikh al-Alusi dalam tafsir al-Manaar, Allah merahsiakan hari kiamat sebagaimana Dia merahsiakan ajal seseorang itu.

Gantunglah, tembaklah hatta apa cara sekalipun, ajal tidak akan tiba selagi Al-Maut yang diciptakan Allah tidak diizinkanNya untuk menjemput nyawa manusia.

____________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare