Kali ini SAJI kongsikan resipi kuih seri muka pisang yang enak dan menyelerakan. Berbaloi untuk dicuba dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN LAPISAN BAWAH:
3 cawan santan cair
1 cawan pisang emas (lecek halus)
1 cawan pisang berangan (lecek halus)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
2 sudu besar tepung kastad

BAHAN LAPISAN ATAS:
2 cawan santan pekat
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1/2 cawan perahan daun pandan
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan ke semua bahan lapisan bawah dan gaul rata. Tuangkan ke dalam loyang 9 inci. Kemudian kukus selama 10 minit hingga 15 minit.
  2. Sementara itu, satukan ke semua bahan lapisan atas. Tapis.
  3. Setelah adunan lapisan bawah tadi masak, tuangkan pula bahan lapisan atas.
  4. Kukus lagi selama 20 minit hingga 30 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram