CITA-cita seorang usahawan wanita iaitu Sofiaa Marieylla atau terkenal dengan julukan Mummy Jerung untuk bergelar penyanyi akhirnya menjadi kenyataan.

Sofiaa atau Wan Siti Mariam Wan Mahuudin kini muncul dengan single sulung berjudul Akulah Jerung Merah hasil ciptaan komposer berpengalaman, Hadi Rumnan dan penulis lirik berbakat, Ajim Maze.

“Ramai yang tak percaya pada mulanya, akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan dalam bidang perniagaan, dapat juga saya hadir dengan single sendiri,” kata penyanyi berusia 24 tahun itu.

Sebelum ini, Sofiaa popular di laman sosial TikTok, dengan jumlah pengikut seramai hampir sejuta dan mempunyai lebih daripada 17 juta tanda suka (likes).

Dia kini boleh berbangga apabila turut disunting secara rasmi menjadi artis di bawah naungan Rocketfuel Indie Space Station (ISS) yang merupakan pembahagian (division) terbaharu Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

“Umum semua ketahui, tagline Skuad Jerung Merah yang merupakan sebahagian daripada gimik pemasaran perniagaan saya di media sosial sangat sinonim dengan saya, sehinggalah video-video tersebut menjadi viral di TikTok dan disebut-sebut masyarakat Malaysia.

“Tanpa disangka, rupa-rupanya pihak Rocketfuel berkenan menjadikan saya sebagai artis rakaman.

“Saya terima pelawaan tersebut dengan hati yang terbuka kerana inilah peluang keemasan yang saya nanti-nantikan selama ini,” tambahnya lagi.

Akulah Jerung Merah merupakan sebuah lagu bergenre pop rancak Kemelayuan yang santai dengan ritma yang catchy bagi menambat hati para pendengar. 

Manakala bait-bait korusnya senang diingati dan pasti menjadi siulan anak-anak remaja dengan jalan ceritanya yang menghiburkan.

“Jalan cerita lagu ni mudah sahaja. Ia mengenai Mummy Jerung iaitu saya sendiri yang melalui proses percintaan bersama seorang pemuda dengan pengakhiran yang bahagia, kiranya sehingga ke jinjang pelamin.

“Saya juga amat teruja dan terkejut di mana proses rakaman lagu serta pembikinan video muzik (MV) dapat disiapkan dalam beberapa hari saja oleh pihak Rocketfuel yang sangat profesional. Memang seronok bekerja dengan team Rocketfuel!,” ungkapnya.

Jerung Merah merupakan signifikasi yang ingin Sofiaa tonjolkan selain menjadi sebahagian daripada teknik pemasaran yang dijalankannya. 

Beliau juga ingin dikenali sebagai Mummy Jerung dan ingin mengumpul lebih ramai lagi ‘anak-anak’ Jerung melalui Skuad Jerung Merah yang ditubuhkannya beberapa tahun yang lalu.

“Ramai yang nak tau, kenapa Jerung Merah? Jawapannya mudah, sebab jerung kan suka ngappp! Dan Jerung Merah ialah Sofia Marieylla sendiri.

“Saya yakin dengan kerjasama Rocketfuel ini dalam mengembangkan karier saya sebagai penyanyi supaya lebih meluas dan sehingga ke angkasa!

“Semoga single Akulah Jerung Merah mendapat tempat di hati para pendengar masyarakat Malaysia dan berilah peluang buat anak tempatan untuk terus maju jaya dalam pebagai bidang seni,” katanya.

Akulah Jerung Merah boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube RocketFuel Network.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram