BERMULA dengan bergaduh, kemudian pukul dan berakhir dengan pembunuhan.

Bertambah tragis apabila suspek mengambil keputusan menanam mayat teman wanitanya di tepi sungai.

Kejadian di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping 27 Oktober lalu itu berpunca daripada cemburu dan suspek dalam kes ini merupakan seorang penganggur yang juga Orang Pengawasan Polis (OPP).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu pada Jumaat lalu.

Katanya, ini selepas penemuan rangka wanita berusia 31 tahun berkenaan pada Rabu lepas.

Anuar berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku telah bergaduh dan memukul mangsa sehingga mati ketika berada di sebuah rumah.

“Dia kemudian membawa polis ke lokasi mangsa ditanam dan dipercayai telah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.

“Motif kejadian dipercayai cemburu kerana kekasihnya itu mempunyai hubungan dengan orang lain sehingga menyebabkan pertelingkahan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Anuar berkata suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dari 1 hingga 6 Nov depan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan: Kerana cemburu hubungan dengan isteri orang, seorang pesara tentera dibunuh

“Bedah siasat terhadap mayat wanita tersebut telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengetahui punca kematian, namun belum dapat dikenal pasti,” katanya.

Katanya, suspek turut didapati melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram