Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yee mi goreng bersama ayam bijan yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Berbaloi cuba.

BAHAN –BAHAN:
1 sanggul Yee Mi
8 ulas bawang putih
45 ml kicap manis pekat
1 biji cendawan Shitake
1 batang pak choy (sawi) – celur
1 biji telur
250 gm dada ayam
30 ml minyak bijan
30 gm tepung gandum
Biji bijan
Lada hitam
Serbuk lada putih
Serbuk cili kasar

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak bijan ke dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sedikit air dan kicap. Tambahkan serbuk lada putih dan pati ayam. Masukkan yee mi dan goreng sehingga lembut. Hidangkan bersama sayur yang telah dicelur.
  3. Untuk membuat ayam bijan pula, panaskan minyak di atas kuali leper. Kemudian celupkan ayam ke dalam tepung dan kemudian ke dalam telur yang telah dipukul bersama garam.
  4. Kemudian celupkan ayam ke dalam bijan, lada hitam dan juga serbuk cili. Selepas itu goreng ayam tersebut sehingga garing. Hiris dan hidangkan bersama yee mi tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram