USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman, 50 atau lebih dikenali sebagai sebagai Vida meluahkan rasa kecewa apabila dirinya dikaitkan dengan muzik video Hujan nyanyian Iqbal Zulkefli.

Muzik video (MV) Hujan yang dilancarkan pada Isnin lalu telah mencetuskan kontroversi apabila jalan cerita muzik video itu ada kaitan dengan kisah percintaan Vida bersama Iqbal yang dahulu.

Menurut Vida, kisah ‘kahwin tak jadi’ mereka telah tersebar luas dalam kalangan netizen dan ia tidak patut dipropagandakan untuk meraih populariti.

“Ramai yang beritahu saya mengenai MV tersebut sebelum saya tengok sendiri. Bila dah tengok, saya sendiri tak sanggup nak habiskan,” ujarnya memetik laporan Gempak.

Jelas Vida, walaupun watak wanita dalam muzik video itu diubah, tetapi netizen sudah sedia maklum dengan watak tersebut kerana dari awal lagi mereka sudah tahu kontroversi antara dia dan Iqbal.

Bukan itu sahaja, Vida turut mendapat kecaman sebaik sahaja MV itu mendapat perhatian daripada warganet.

Menerusi entri Instagram di akaunnya, Vida turut berkongsi paparan skrin individu yang melemparkan kata-kata negatif yang kurang senang melihat sikapnya yang seolah tidak menghormati Iqbal.

“Dah la kau jatuhkan maruah orang..Iqbal dah pernah cakap kau dari dulu memang suka jatuhkan maruah dia depan umum.

“Jangan sebabkan kau kaya, kau boleh buat sesuka hati kau, kau jaga saja lah anak-anak kau itu. Tak perlu sibuk nak jatuhkan maruah orang lain depan umum,” katanya seorang netizen kepada Vida menerusi Instagram.

Kecaman itu telah menyebabkan cerita sebenar diputar-belit demi mencari populariti sehingga maruah dirinya tercalar dan dibenci oleh netizen.

Komen warganet yang tidak suka dengan cara layanan Vida terhadap Iqbal

“Lapar nak popular? Populariti yang dicari dan diimpikan. Perlukah dengan menjatuhkan saya? Hati kering sehinggakan perkara ini terbawa-bawa oleh netizen membenci saya.

“Mana tak..apa yang dimomokkan dengan cerita-cerita bohong demi meraih simpati dan tambah populariti. Segala kebenaran di putar-belit demi kepuasan sendiri dan populariti percuma,” luah Vida menerusi perkongsiannya di Insta Story.

Terbaru, Vida turut memuat naik satu perkongsian gambar di Instagramnya ingin meluangkan masa bersama anak-anak dengan membawa mereka pergi bercuti dan netizen turut mendoakan perjalanan keluarga kecil itu selamat ke destinasi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram