PENYEBAB utama bau di tubuh ialah peluh. Hakikatnya, bukan  tubuh saja yang boleh dibasahi, kaki juga tidak terkecuali. Ini kerana kaki boleh menghasilkan sehingga 570 ml keringat dalam sehari. Apa pun keringat yang terdiri daripada air dan garam bukanlah punca yang menyebabkan kaki anda berbau.

Tindak balas dengan bakteria punca peluh menjadi berbau. Disebabkan itu, penting untuk menjaga kebersihan agar terhindar dari bau-bau tak sedap. Atasi bau pada kaki dengan ramuan-ramuan berikut:

Rendam dengan teh

Rendam kaki minimum seminggu sekali dengan teh hangat. Caranya: siapkan besen berisi air suam-suam kuku. Kemudian masukkan serbuk teh ke dalamnya. Anda juga boleh menggunakan uncang teh jika mahu. Rendam telapak kaki anda selama 10 minit. Bau kaki akan hilang jika anda mengamalkannya.

Manfaatkan serbuk kopi

Semua tahu serbuk kopi dapat menyerap bau. Bungkuslah kopi ke dalam kain yang bersih atau tisu. Masukkan ke dalam sepatu paling tidak sehari semalam atau sampai bau itu hilang.

Tabur dengan serbuk soda

Ada bahan lain yang efektif untuk menghilangkan bau dari sepatu, iaitu serbuk penaik. Ambil satu sudu serbuk penaik, taburkan di dalam sepatu semalaman. Esok paginya, bersihkan. Bahan lain, seperti bedak bayi, juga efektif menghilangkan bau dari dalam sepatu. Taburkan secukupnya di dalam sepatu dan biarkan sehari semalam. Pilih bedak yang tak terlalu wangi. Wangi yang terlebih boleh menjadi pemicu bau tidak sedap lainnya.

Limau yang berguna

Setelah bekerja, gosoklah kaki dengan limau nipis. Baunya yang segar akan menghilangkan bau yang menempel selama anda beraktiviti.