NAMA Arief Putra mungkin ramai yang tidak mengenali di kalangan masyarakat Malaysia berbanding di negara seberang, Indonesia. Arief merupakan penyanyi yang banyak menyanyikan lagu slow Rock kelahiran Jakarta, Indonesia.

Arief memiliki suara yang sangat merdu dengan cengkok khas melayu dan lagu-lagu yang dinyanyikan kebanyakannya tular di laman sosial Tik Tok.

Bahkan, di akaun Youtube, lagu nyanyian Arief pernah ditonton sehingga ratusan juta kali. Tentu ini menjadi pencapaian yang luar biasa bagi buat dirinya.

Justeru, Arief kini tampil dengan single terbaru berjudul Hendaklah Cari Pengganti ciptaan pengkarya di Indonesia iaitu Ayu Rizki Yani (isteri kepada pemuzik terkenal Indonesia – Dodhy Hardiyanto).

Selain menyanyikan lagu sendiri, Arief juga sering berduet dengan penyanyi berdarah Minang iaitu Yolanda.

Single ini antara kolaborasi di antara Luncai Emas dan Arief . Berpandukan objektif syarikat ke arah mewujudkan keseimbangan seni dan komersialisme, dan pada masa sama menyesuaikan perubahan kepada trend muzik kini , Luncai Emas telah berbincang dengan wakil pengurus di Indonesia iaitu Mujahid dan Rino untuk edaran serta pentadbiran single ini di bawah Luncai Emas.

Malah, pihak Luncai Emas turut mahu melancarkan single itu di YouTube dan saluran penstriman bagi negara Malaysia dan Singapura.

Hasilnya merupakan satu kejutan apabila video klip Hendaklah Cari Pengganti telah mencapai lebih 600 ribu tontonan di YouTube Luncai Emas dari tarikh muat naik iaitu 8 September lalu.

Menurut wakil pengurus di Indonesia ‘’Saya lihat sambutan di Malaysia amat baik,” kata Mujahid .

Sementara itu, Luncai Emas Sdn Bhd yang dipelopori oleh penyanyi, pemuzik, komposer dan penulis lagu terkemuka Malaysia, Datuk M. Nasir, merasakan single daripada penyanyi itu semakin terasa dan disambut baik oleh pendengar di Malaysia .

Rino juga mengaku, bagi single terbaharu Arief masih tetap bermain di genre muzik ‘slow rock’ Melayu. Dan lagu itu nanti boleh diterima dengan baik oleh pencinta muzik di Malaysia dan Indonesia mahu pun di luar negara .

“Terima kasih yang tak terhingga kepada semua lagu terbaru Arief. Semoga lagu-lagu ini nantinya menjadi koleksi muzik di tanah air,” harapnya.

Disebut tentang pelancaran lagu Hendaklah Cari Pengganti ini , Luncai Emas mengambil peluang untuk mengajak semua menonton video klip di saluran YouTube Luncai Emas, audio rasmi pula telah dimuat naik ke semua saluran digital. Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes di Malaysia & Singapura.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram