siakap sisik swarovski
Tangkap layar cara siang ikan siakap oleh Syifa.

DUA hari lepas kecoh satu negara gara-gara harga ikan siakap “kayangan” seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80 dinikmati sekumpulan pelancong di Restoran Terapung Sas Rimba, Langkawi.

Fenomena harga ikan tersebut menyebabkan ramai terkejut malah netizen tampil dengan pelbagai teori tersendiri kenapa ia begitu mahal.

Tidak terkecuali seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @syifajamil yang secara berseloroh mengatakan ikan tersebut menggunakan sisik diperbuat daripada Swarovski.

Menerusi akaun Cifa Masak KalutKalut, Syifa Jamil, 24 mengajak netizen bersamanya “membedah” sendiri dan melihat lebih dekat kenapa ikan tersebut mahal.

“Jom! kita bedah ikan siakap ni pasai pa yang harga mahal sangat, mai kita nak tunjuk kat ampa.

“Sisik dia ni diperbuat daripada Swarovski sebab tu dia mahai hampa, mana nak dapat 1,000 tu kita murahlah ampa. Kalau ampa nak murah-murah sangat ampa bela sendiri,” kata Syifa dalam video tersebut yang dimuat naik kira-kira 4 jam lalu.

Video tersebut kita sudah ditonton hampir 300,000 kali dan menerima lebih 24,000 tanda suka.

Syifa sebelum ini pernah viral menerusi dua video siang ikan, dengan lebih 4.9 juta menonton cara siang ikan pari dan 1.9 juta menerusi video siang ikan jebon.

Baca artikel berkaitan: Simpan stereng kereta ala Mr.Bean, gelagat wanita ini tarik perhatian warganet

@syifajamill

Reply to @annasputerabinfaizad Dah pi masak sendiri jangan complaint lagi sksk #siakap #siangsiakap #siangikan #fyp #fypシ #Fooddance #siakapviral

♬ original sound – tofuu

Ketika ditanya UtusanTV kenapa dia memuat naik video tersebut, Syifa berkata, ia memenuhi tuntutan “followers” dan bukan berniat untuk perli mana-mana pihak dalam isu yang tengah viral itu.

“Ada orang reply suruh saya buat siakap since isu itu tengah viral sekarang, semuanya spontan,” katanya yang sememangnya memuat naik bahan TikTok mengenai cara siang ikan.

Dalam video itu, Syifaa turut mengatakan ikan siakap sebenarnya berenang dalam air mandian bunga dari New Zealand dan makan bijirin yang mahal.

“Tengok dalam perut dia ni, dalam perut pula ada pelampung tak mau bagi accident dalam ayaq, pelampung pula diimport daripada Yemen, memangla ampa berkualiti tinggi,” selorohnya lagi.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV pada ruangan komen, rata-rata netizen geli hati selepas menonton video tersebut.

“Wehhh berendam dalam ayaq mandian bunga,” tulis @Daisyy.cute.

“Hahaha okay Swaroski rupannya,” kata @shiaalish.

Isu siakap menjadi kecoh selepas tular dalam media sosial selepas sekumpulan tujuh pelancong terpaksa membayar RM1,196.80 untuk seekor ikan yang dipesan di sebuah restoran terapung di Langkawi.

Walaupun pemilik restoran tampil menjelaskan mengenai harga ikan tersebut kenapa ia mahal, rata-rata warganet menyifatkan harga yang dikenakan terlalu tinggi untuk seekor ikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram