TNB telah mengambil langkah meninggikan tapak pencawang elektrik bagi mengurangkan risiko pencawang ditenggelami dan dirosakkan banjir

TENAGA Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan awal berkaitan pengurusan bencana banjir bagi menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, ia bagi memastikan pengurusan banjir yang lancar dan teratur pada musim tengkujuh.

Pada masa sama, kata beliau, ia juga bagi memastikan bekalan elektrik yang selamat dan meminimumkan kerosakan pepasangan TNB di kawasan yang dinaiki air.

Menurut Wan Nazmy, TNB telah pun mengadakan mesyaurat koordinasi banjir bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah, menjalankan sesi latihan menghadapi banjir dan memastikan anggota kerja teknikal berada dalam keadaan siap siaga.

“Sejak banjir besar pada 2014, TNB telah mengambil langkah meninggikan tapak pencawang dan membina penghadang banjir di pintu masuk pencawang bagi mengurangkan risiko pencawang ditenggelami dan dirosakkan banjir.

“Namun, jika ada pencawang elektrik yang masih ditenggelami air dan operasinya terpaksa dihentikan, penyambungan semula hanya akan dibuat selepas keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Nazmy Wan Mahmood

Baca artikel berkaitan: TNB tembusi pasaran ladang angin luar pesisir UK

Mengulas lanjut, Wan Nazmy berkata, Set-set janakuasa bergerak serta mudah alih dan perkakas kritikal semasa operasi banjir seperti bot, telefon satelit dan lampu limpah juga telah ditempatkan di beberapa lokasi strategik untuk siap sedia digunakan ketika musim tengkujuh.

Beliau berkata, TNB juga akan membuka bilik gerakan di negeri terbabit banjir untuk memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini bekalan elektrik.

“Pengguna yang terputus bekalan elektrik ketika musim banjir dinasihatkan segera menghubungi TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk tindakan segera.

“Pasukan Bertindak Kecemasan TNB yang bertugas 24 jam sehari juga akan digerakkan untuk membuat penyambungan semula bekalan elektrik yang terputus akibat pokok tumbang dan sebab lain dengan kadar segera,” jelas beliau.

Wan Nazmy turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik jika premis mereka dinaiki air; menjauhi daripada menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap bagi mengelakkan renjatan elektrik dan setelah banjir surut, dapatkan khidmat kontraktor pendawaian berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memeriksa pendawaian di premis dinaiki air.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram