Dari kiri: Idris, Mohd Amar dan Ahmad Samsuri.

TIGA Naib Presiden Pas berjaya mempertahankan jawatan masing-masing apabila diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan Muktamar Pas kali ke-67 sesi 2021-2023 yang diadakan di Kuala Terengganu hari ini.

Mereka terdiri daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sekali gus mengenepikan seorang calon pencabar iaitu Dr. Mohd Zuhdi Marsuki.

Idris Ahmad mendapat 1,164 undi, Mohd Amar (956 undi), Dr Ahmad Samsuri (778 undi) dan Dr Mohd Zuhdi yang bertanding merebut jawatan itu pula mendapat 623 undi.

Keputusan pemilihan diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Terdahulu, bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu turut mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden yang masing-masing disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang dimenangi tanpa bertanding.

“Bagi pemilihan kali ini, jumlah perwakilan yang layak mengundi adalah 1,299 orang manakala jumlah undi yang diterima melalui e-voting adalah 1,221 undi,” katanya ketika mengumumkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat pada Muktamar Tahunan Ke-67 sesi 2021-2023 di sini, hari ini.

Turut menang tanpa bertanding ialah Hussin Ismail sebagai Pengerusi Tetap dan Kamal Ashaari sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Pemilihan kali ini turut melantik 18 ahli jawatankuasa daripada 36 pencalonan.

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2021-2023:

  1. Muhammd Khalil Abdul Hadi
  2. Muhammad Sanusi Md Nor
  3. Kamaruzaman Mohamad
  4. Senator Khairil Nizam Khirudin
  5. Dr Riduan Mohamad Nor
  6. Datuk Iskandar Abdul Samad
  7. Dr Halimah Ali
  8. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan
  9. Datuk Ahmad Marzuk Shaari
  10. Datuk Mohd Nassuruddin Daud
  11. Dr Najihahtussalehah Ahmad
  12. Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
  13. Dr Azman Ibrahim
  14. Nasrudin Hassan
  15. Datuk Ahmad Amzad Mohamed
  16. Dr Ali Akhbar Gulasan
  17. Datuk Dr Mahfodz Mohamed
  18. Dr Rosni Adam
    – UTUSANTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram