Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi yee mi kantonis yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
150 gm yee mi
5 ekor udang
50 gm isi daging ayam – hiris dan rebus
2 sudu kecil sos tiram
2 biji putih telur
Sedikit garam dan gula
50 gm kubis cina – potong kecil
50 gm lobk merah
2 ulas bawang kecil – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
3 sudu besar tepung jagung – larutkan
Sedikit minyak masak
3 batang putik jagung
100 ml air rebusan ayam
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dengan sos tiram sehingga naik bau. Masukkan sedikit lada sulah dan air rebusan. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan udang dan isi ayam, biarkan mendidih selama 10 minit.
  3. Kemudian masukkan kubis cina, lobak merah dan putik jagung. Masak selama dua minit.
  4. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Tuangkan kuah di atas yee mi di dalam pinggan. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan daun bawang jika suka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram