BAYANGKAN nikmatnya, dapat meneguk air limau ais setelah seharian menahan dahaga lantaran menjalankan hukum Islam yang ketiga! Tiada yang lebih baik itu. Dan tiada siapa dapat menafikan, dengan rasa yang masam- masam manis, air limau sangat sesuai dijadikan minuman dahaga.

Namun begitu, tahukah anda, manfaat lain yang boleh diperoleh daripada air limau?

Dengan harga yang berpatutan, limau mengandungi sekitar lima peratus asid sitrat dan merupakan sumber yang kaya vitamin C. Limau juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B, riboflavin dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosfor serta protein dan karbohidrat.Terdapat banyak manfaat kesihatan yang boleh diperoleh daripada minuman yang berasaskan limau. Ia termasuklah :

Baik Untuk Perut

Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas.

Antaranya mual, memulas dan parasit. Dengan meminum jus limau secara teratur, perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan sembelit. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.

Perawatan Kulit

Limau dapat menjadi ubat antiseptik semula jadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan dengan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikan perubahan besar pada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka akibat terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.

Perawatan Gigi

Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus limau segar yang ditempelkan pada gigi membantu menyingkirkan rasa sakit. Manakala perahan jus limau dapat menghentikan perdarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

Sembuhkan Infeksi Tenggorokan

Limau juga ialah buah yang sangat baik yang membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya, anda boleh berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.

Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Air limau bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stres mental serta depresi.

Menurunkan Berat Badan

Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Efek yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air hangat dan madu.

Membantu Penyembuhan Gangguan Nafas

Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutama pada individu yang menderita asma.

Mengubati Reumatik

Limau memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi, dengan cara mengeluarkan bakteria dan racun dari tubuh.

Meredakan Demam

Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam, dengan meningkatkan penghasilan keringat.

Pembersih Darah

Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diubati dengan air limau kerana mempunyai sifat sebagai pembersih darah.