Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim melawat ruang pameran berkaitan penipuan E Dagang selepas hadir merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil (Jenayah Dalam Talian) 2021 di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara menyeluruh bagi memastikan gerak kerja setiap anggota berada di tahap terbaik.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau akan mendengar taklimat daripada Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkaitan SOP PRN Melaka, malam ini.

Menurut beliau, PDRM akan memastikan setiap panduan dilaksanakan dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh berkempen di PRN Melaka.

“SOP telah pun dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan saya pun baru sahaja sempat melihat secara sepintas lalu, pagi tadi.

“Malam ini, saya akan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk mendengar taklimat daripada Ketua Polis Melaka.

“Kita akan meneliti SOP tersebut supaya gerak kerja bagi kita memastikan setiap panduan dilaksanakan dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh berkempen di PRN Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021, hari ini.

Baca artikel berkaitan: SPR benarkan kempen bergerak naik lori, van di PRN Melaka

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata lebih 3,800 anggota dan pegawai PDRM ditugaskan untuk mengawal keselamatan serta kelancaran proses sepanjang PRN Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan parti-parti politik dan calon yang bertanding menggunakan kaedah menaiki lori atau van untuk berkempen dengan syarat mendapat permit polis terlebih dahulu.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bagaimanapun berkata, penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal tidak dibenarkan sepanjang tempoh PRN berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram