Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ayam goreng berbumbu yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN A:
1 ekor ayam | potong kecil-kecil
600 ml santan pekat
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

BAHAN-BAHAN B:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah | buang biji
1 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bahan-bahan B di kisar halus dan sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk berserta bahan-bahan A kecuali minyak dan gaul sebati. Didihkan hingga kesemua bahan sebati dan kuah memekat/kering.
  3. Di dalam kuali, panaskan minyak yang banyak. Goreng ayam berbumbu tadi hingga keperang-perangan.
  4. Hidangkan panas bersama nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram