Mutimedia Film Productions ingin memaklumkan bahawa syarikat produksi tersebut mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang menjalankan aktiviti penggambaran Rumah Madu Ku Berhantu.

Filem arahan Datuk Profesor Dr A. Razak Mohaideen itu telah mendapat kelulusan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasioal Malaysia (FINAS) untuk menjalankan penggambaran sepanjang bulan April yang lalu. Malah,semua kru produksi dan pelakon Rumah Madu Ku Berhantu telah mengikuti SOP sepanjang tempoh penggambaran berlangsung.

Mengulas berkenaan isu poster Rumah Madu Ku Berhantu yang tular di media sosial baru-baru ini, poster berkenaan adalah rekaan pertama dan pihak produksi akan mengeluarkan poster baharu dalam masa terdekat.

Antara babak dalam filem Rumah Madu Ku Berhantu yang akan ditayangkan pada 2 Disember hadapan

Pihak Multimedia Film Productions menerima baik semua maklum balas netizen mengenai isu terbabit dan berharap Rumah Madu Ku Berhantu yang mengetengahkan genre komedi seram dapat menceriakan semua rakyat Malaysia ketika negara sudah dua tahun dilanda pandemik Covid-19.

Rumah Madu Ku Berhantu diterbitkan oleh Multimedia Film Productions bersama Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Filem itu dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Azlee Senario, Saiful Apek dan Douglas Lim.

Filem pertama di bawah kempen Jom #SapotLokal Filem 2021 akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 2 Disember hadapan.

Selain Rumah Madu Ku Berhantu, terdapat lima filem lain di bawah kempen Jom #SapotLokal Filem 2021 iaitu Air Force The Movie, Biko, Rasuk, Wayang Puaka, dan 3 Janda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram