Bagi yang sedang berdiet tetapi ingin menikmati juadah yang enak, resipi pasta bow tie sayur campur ini wajib anda cuba! Hidangan yang sedap dan mengenyangkan ini sangat mudah untuk disediakan.

BAHAN-BAHANNYA:
125 gm pasta bow tie
30 gm bawang putih – di cinca ng
2 ulas bawang merah – di cinca ng
100 gm brokoli – potong kecil
50 gm cendawan shitake
50 gm cili benggala – hija u dan merah
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji kuning telur
100 gm krim putar
Garam dan perasa secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Rebus pasta sehingga lembut dan tuskan airnya. Ketepikan sebentar
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dengan minyak zaitun sehingga wangi
  3. Masukkan cili benggala dan brokoli dan kacau seketika.
  4. Tumis sehingga sebati dan masukkan krim.
  5. Masukkan pasta dan gaul sebati sehingga kuah pekat sedikit.
  6. Masukkan kuning telur dan gaul rata
  7. Masukkan garam dan perasa secukup rasa, gaul rata dan angkat serta hidangkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram