Bagi penggemar sajian ayam bakar, resipi ayam bakar berempah ini antara yang harus anda cuba. Memang sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:
500 gm peha ayam
Sedikit garam dan gula
BAHAN A:
8 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai

BAHAN KISAR:
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil ketumbar

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Kisar kesemua bahan A dengan sedikit air dan tapis.
  2. Kemudian perapkan bersama peha ayam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Kemudian gaulkan pula dengan bahan kisar. Perapkan selama satu jam.
  4. Bakar pada suhu 180c selama 30 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram