Antara kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Setiu malam tadi./ Gambar media sosial.

DUA maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah basikal elektrik di Jalan Bukit Putera, Setiu malam tadi.

Dalam kejadian 7.20 malam itu, mangsa, Muhammad Adif Danial Azman, 10, dan pejalan kaki, Azuka Muhamad, 46, dirempuh Perodua MyVi yang hilang kawalan.

Muhammad Adif menaiki basikal elektrik bersama sepupunya, Ahmad Syahiran Saiful Razali, 13, dan mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton perlawanan bola sepak.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, Perodua MyVi dipandu lelaki berusia 36 tahun dari Telaga Papan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, kenderaan terbabit melanggar basikal elektrik dinaiki Muhammad Adif Danial dan Ahmad Syahiran.

“Kereta Perodua MyVi itu turut melanggar sebuah Proton Wira di bahu jalan sehingga sebelum melanggar seorang pejalan kaki (Azuka) .

Baca: Seorang maut, seorang parah dirempuh Myvi ketika bantu mangsa kemalangan

“Kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting ke atas sebuah kereta jenis Proton Persona di bahu jalan,” katanya seperti dilapor portal Harian Metro.

Afandi berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dirawat di hospital sama.

Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram