Selepas jam tangan mewah bernilai lebih RM1 juta milik penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, kini dia sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila dilihat menggayakan skarf berjenama mewah mencecah harga ribuan ringgit.

Skarf daripada jenama Christian Dior berona merah gelap itu digayakan Siti ketika hadir membuat persembahan di sebuah program hiburan, semalam itu dianggarkan berharga RM4,100.

Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti kelihatan anggun apabila menggayakan skarf dengan padanan busana berona coklat kemeriahan hasil rekaan pereka fesyen populat, Rizman Ruzaini.

Difahamkan, skarf daripada koleksi Dior Oblique Diortwin yang itu diperbuat daripada sutera yang ditenun dan kain kapas.

Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut memuat naik foto di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian itu meraih perhatian peminat yang rata-rata memuji penampilannya yang semakin jelita.

“Cantik sangat. ‘Love this look’. Harap dikekalkan untuk masa akan datang,” kata seorang peminat di ruangan komen.

“Sejak kebelakangan ini, Mak Iti punya ‘outfit’ semua ‘on point’! ‘Love it’!,” tulis seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, nama Siti menjadi bualan netizen apabila dia dilihat memakai jam tangan berjenama Richard Mille bernilai lebih RM1 juta selain membeli sebuah beg jenama mewah bernilai RM20,000.

Siti dikatakan membeli tas tangan tersebut dua jam sebelum menghadiri acara Minggu fesyen Kuala Lumpur 2021 bagi melengkapkan persalinannya yang menyarung rekaan Rizman Ruzaini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram