Sedapnya cucur udang gebu ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Cef Amer Hamzah ini.

Hidangan 10 orang

BAHAN
500 gm tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil yis
½ sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar udang kering – kisar
1 ½ labu bawang besar – cincang kasar
3 tangkai cili merah – cincang kasar
5 tangkai daun kucai / daun sup – potong pendek
30 gm tauge
1 biji kentang – parut kasar
½ batang lobak merah – parut kasar
300 gm udang putih kecil- buang kepala & kulit
500 ml air

CARA
1.Campurkan tepung, telur, serbuk penaik, yis dan gula.
2.Masukkan air lalu gaul sebati. Masukkan campuran udang kering dan garam. Gaul hingga sebati.
3.Masukkan bawang, cili, kucai, tauge, kentang, lobak dan udang. Kacau hingga sebati.
4.Perap adunan selama 30 minit.
5.Jemput-jemputkan dengan tangan, goreng adunan hingga garing. Angkat dan tuskan.

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram